Jul 7, 2008

Tugas Dakwah-Tugas Siapa?



Dakwah adalah satu unsur yang menjadi teras kepada perkembangan dan penghayatan terhadap Islam. Tanpa dakwah Islam akan menjadi lesu dan asing. Hari ini, walaupun banyak badan-badan dakwah ditubuhkan dan bergiat aktif, namun Islam masih terpinggir. Dimanakan silapnya?

Kesilapannya ialah masyarakat Islam sendiri yang tidak memberi sokongan. Malah ada yang sanggup mensabotaj dan merendahkan peranan badan-badan dakwah. Setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya adalah pendakwah.

Setiap umat Islam perlu memainkan peranan dalam menyumbang ke arah kebangkitan Islam. Tidaj sepatutnya kita berpeluk tubuh dengan hanya menyerahkan tugas dakwah kepada badan-badan tertentu sahaja.

Nabi saw. Bersabda: “Setiap daripada kamu perlu menyampaikan daripada aku walaupun satu ayat”.

DAKWAH ADALAH TUGAS KITA SEMUA. Tapi, bagaimanakah cara perlaksanaannya? Perkara yang paling penting yang ada pada da’ie adalah kemantapan ilmu yang ditimba daripada AlQuran dan AlHadith serta kelengkapan dari segi harta dan kewangan.

Dakwah tidak hanya terhad kepada memberi kuliah sahaja tetapi ia juga boleh dilakukan melalui penulisan. Tidak juga terhad di situ sahaja, nahkan akhlak serta tingkah laku yang baik juga boleh bertindak sebagai dakwah secara tidak langsung.

Oleh itu, jadikanlah setiap detik nyawa kita adalah untuk menegakkan syiar Allah di muka bumi ini.

{Petikan daripada editor Bustanul Arifin, Maahad Tarbiah Islamiah Derang,Pokok Sena}

::::Ikhlas ialah menyucikan segala perbuatan dari pandangan makhluk::::

No comments: