Oct 7, 2008

Sirah : Hudzaifah Ibnul Yaman

Beliau telah di pilih oleh Saidina Umar r.a sebagai pemimpin kota Madain. Setibanya Hudzaifah di kota itu, orang ramai mengelilinginya, lalu beliau berkata:
“jauhilah kalian tempat-tempat fitnah!”
“di manakah tempat-tempat fitnah itu?”, tanya mereka.
“ pintu-pintu para pembesar”,jawabnya. “seorang di antara kalian masuk menemui mereka dan mengiakan ucapan palsu serta memuji kebaikan yang tidak pernah mereka lakukan”,sambungnya lagi.
Hudzaifah Ibnul Yaman memasuki arena kehidupan ini berbekalkan tabi’at istimewanya. Di antara cirri-cirinya ialah anti kemunafikan dan mampu melihat gejalanya walau tersembunyi. Dia terdidik di tangan Rasulullah saw. Dengan hati terbuka sehingga tiada suatu pun persoalan hidupnya yang tersembunyi. Dia seorang yang jujur, mencintai orang-orang yang teguh membela kebenaran, melawan orang-orang yang yang riya’ dan bermuka dua. Hudzaifah juga telah dikurniakan fikiran yang jernih.

Hudzaifah pernah berkata:
“Orang ramai menanyakan kepada Rasulullah saw tentang kebaikan, tetapi aku menanyakan kepadanya tentang kejahatan kerana takut akan terlibat di dalamnya. Pernah kubertanya: ‘wahai Rasulullah, dulu kita berada dalam kejahiliyyahan dan diliputi kejahatan, lalu Allah datangkan kepada kita kebaikan ini. Apakah di sebalik kebaikan ini ada kejahatan?’ “ada”,jawab baginda. ‘Maka, apakah setelah kejahatan masih ada kebaikan?’,tanyaku pula. “Memang ada, tetapi kabur dan bahaya”. ‘apakah bahaya itu’. “iaitu segolongan umat mengikuti sunnah yang bukan sunnahku dan mangikuti petunjuk yang bukan petunjukku. Kenalilah mereka dan laranglah…” ‘kemudian, setelah kebaikan tersebut masih ada lagi kejahatan?’,tanyaku lagi. “masih ada, iaitu para tukang seru di pintu neraka. Barangsiapa menyambut sruan mereka, akan mereka lemparkan ke dalam neraka!”, jawab Rasulullah saw.
Lalu kutanyakan kepada Rasulullah. ‘Ya Rasulullah, apa yang harus aku buat apabila aku menghadapi hal seperti ini?’ Rasulullah menjawab, “sentiasa mengikuti jama’ah Kaum Muslimin dan pemimpin mereka”
‘Bagaimana sekiranya tiada jama’ah dan pemimpin’. “hendaklah kamu tinggalkan golongan itu semua, walaupun kamu akan tinggal di rumpun kayu sehingga kamu menemui ajal dalam keadaan sedemikian”,jawab Rasulullah saw.”


Beliau juga berbicara tentang hati. Katanya:
“Hati itu ada empat jenis:
Hati yang tertutup, itulah hati orang kafir…
Hati bermuka dua, itulah hati orang munafiq…
Hati yang suci bersih, itulah hati orang yang beriman…"

Hudzaifah juga sempat menyebut beberapa kalimat sebelum meninggal dunia:
“selamat datang wahai maut
Kekasih tiba di waktu rindu
Hatiku bahagia tiada keluh dan kesal.”
Ketika itu, naiklah ruh suci di antara arwah para solihin bertemu Ilahi…
-ringkasan dari buku 60 sahabat Rasulullah-[Khalid Muhammad Khalid]

No comments: