[kongsi ilmu: Seminar Du’at, Ma’ruf Club, 24-25 Julai 2009]
Manusia dengan Allah tidak terlepas dari 3 perkara:
1. Khaliq-makhluq : Allah menciptakan segalanya,sedangkan kita diciptakan sebagai makhluk Allah.
2. Rabb-‘Abdun : Allah adalah Tuhan yang menjaga,mendidik,mentarbiyah sedangkan perlu ditarbiyah,dijaga dan dididik.
3. Malik-Milik : Seluruh yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaan Allah sedankan milik kita adalah pinjaman Allah semata-mata. Mahu atau tidak, segala yang kita miliki akan dikembalikan kepada Allah termasuklah diri kita sendiri.
Firman Allah dalam surah At-Tin yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.” [At-Tin:4]
Kenapa kita dipertangungjawabkan oleh Allah untuk memegang amanah,sedangkan ada lagi makhlik lain? Persoalan ini telah terjawab di dalam firman Allah:
“Sesungguhnya telah Kami tawarkan amanah Kami ini kepada langit dan bumi,juga kepada gunung-ganang maka kesemuanya itu enggan memikulnya kerana ketidakmampuan akan tetapi manusia sanggup memikulnya.Sesungguhnya setengah daripada manusia itu zalim dan jahil.” [Al-Ahzab:72]
Apa yang perlu kita tahu sekarang ialah, apakah amanah-amanah yang terletak atas bahu kita itu?
Apa yang saya dapat daripada program Seminar Du’at, terdapat 5 amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai makhluk yang bergelar manusia. Nampak macam sikit, tapi sangat berat. Sama ada amanah-amanah ini sudah kita tunaikan atau belum, tepuk dada tanyalah iman masing-masing.
1. Amanah dengan Allah
2. Amanah dengan Rasulullah
3. Amanah dengan Ibu Bapa
4. Amanah dengan Guru
5. Amanah dengan Masyarakat
Amanah dengan Allah
“Awal-awal agama ialah kamu kenal Allah” [Al-Hadith]
Apabila kita sudah baligh, wajib ke atas kita kenal Allah. Persoalannya, macam mana nak kenal Allah. Dua cara yang dijelaskan dalam seminar tersebut iaitu kenal Allah melalui:
• hukum sifat
- 20 sifat wajib bagi Allah
- 20 sifat mustahil bagi Allah
- 1 sifat harus bagi Allah
• hukum ketuhanan
- Uluhiyyah
- Rububiyyah
Amanah dengan Rasululah
Selaku umat junjungan besar Muhammad SAW, wajib bagi kita untuk kenal Rasulullah dan meneruskan perjuangan baginda sehinggalah hari kiamat. Apa yang disampaikan oleh Rasulullah yan merangkumi seluruh aspek kehidupan (politik, social, ekonimi, kebudayaan dan sebagainya) wajib kita ambil dan sampaikan secara keseluruhannya. Bukannya ambil separuh dan tinggal separuh.
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kamu ingkar akan Sebahagian yang lain.”[AlBaqarah:84]
Amanah dengan Ibu Bapa
Selagi suruhan ibu bapa kita tidak bercanggah dengan syari’at Islam, selagi itulah wajib untuk kita mentaatinya.
”Maka janganlah kamu berkata bagi keduanya dengan perkataan kasar dan berkatalah bagi keduanya dengan perkataan yang mulia.”[Al-Isra’:23]
Janganlah kita terlalu mudah ambil hati dengan mak ayah kita kerana setitis air mata ibu itu ibarat selautan besarnya dosa. Di manapun kita berada, sentiasa kita doakan kedua ibu bapa kita. Jihad birrulwalidain tidak semestinya ketika berada di rumah semata-mata. Kita dihantar ke tempat-tempat pengajian, jauh dari mata mereka dan sudah tentu Jihad menuntut ilmu dengan bersunguh-sungguh juga adalah amanah kita kepada mereka. Jadi, tak patut kita gunakan masa kita kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti menghadap game, movie, drama,chatting dan sebagainya berjam-jam sehinggakan perintah Allah sanggup kita lambat-lambatkan. Sama-sama kita muhasabah semula apa tujuan hidup kita.
Amanah dengan Guru
Wajib bagi kita menyebarkan ilmu yang diberi oleh guru.
Datang kelas lambat tanpa sebab, bergosip sewaktu guru mengajar, mengumpat guru, tak focus kepada apa yang disampaikan dan banyak lagi adab kita kepada guru yang tidak settle. Sebab tu ilmu yang kita dapat selalu cepat lupa dan lebih takut lagi tidak berkat gara-gara akhlak kita terhadap guru tak dijaga sebaiknya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
”Barangsiapa yang meringan-ringankan gurunya,maka Allah Taala timpakan ke atasnya 3 perkara iaitu hilang keberkatan ilmu,rezeki yang tidak berkat dan keluar daripada dunia tanpa iman.”
Bukan sahaja guru yang perlu kita hormati dan hargai, malah anak-anak mereka juga perlu dihormati. Fikirlah, sejauh mana kita berakhlak di hadapan mahupun di belakang guru kita.
Amanah dengan Masyarakat
Pada permulaannya, amanah terhadap masyarakat adalah fardhu kifayah. Melihat keadaan sekarang, kewajipan fardhu kifayah itu telah bertukar menjadi fardhu ain.kenapa?
Bilamana Islam diletakkan pada tempatnya dan semua orang merujuk Islam dalam semua aspek kehidupan, maka ia menjadi fardhu kifayah. Tapi, zaman sekarang adakah Islam diletakkan pada tempatnya?Di mana letaknya Islam? umat Islam sendiri sanggup mengamalkan budaya agama lain. Sebagai contoh, dalam bab munakahat, masih terdapat orang Islam yang mengamalkan budaya bersanding yang merupakan ajaran agama Hindu. Islam itu dah lengkap, kenapa kita masih mencelup ajaran agama lain?
Disebabkan terjadinya perkara-perkara sebegini, maka tanggungjawab kita yang memahami Islam dan beramal dengan Islam terhadap masyarakat lainnya menjadi fardhu ‘ain. Amar ma’ruf nahi mungkar perlu berterusan sehinggalah hari kiamat.
Antara tanggungjawab kita kepada masyarakat:
1) Menjaga agama daripada tercedera
2) Menjaga diri manusia daripada terlibat dengan perkara-perkara haram
3) Menjaga akal manusia daripada rosak
4) Memelihara nasab (keturunan)
5) Memelihara penghormatan (Menutup Aurat)
6) Menjaga harta
Kesimpulannya, kita sebagai manusia perlu berperanan sebagai hamba dihadapan Allah. Apa yang disuruh wajib dibuat dan apa yang dilarang wajib kita tinggalkan kerana penghujung kehidupan kita ada dua sahaja iaitu sama ada syurga ata neraka.
Semoga kita semua meningalkan dunia ini dalam keadaan beriman dan berjiran di taman syurga.Amin

No comments:
Post a Comment