harta akan habis bila dibelanjakan dan ilmu akan bertambah bila digunakan
Menurut Al-Ghazali Ada 8 sebab yang menyebabkan kita susah dalam menuntut ilmu:

-Hati yang kotor sukar untuk menerima ilmu
-Makan makanan yang syubhah atau haram
-Tidak memohon keredhan ibu bapa
-Suka mendengar lagu-lagu yang melalaikan
-Banyak tidur
-Banyak makan
-Banyak berkhayal; membuang masa dengan berangan-angan
-Tidak menghormati guru, ilmu tidak akan berkat
Luqmanul Hakim berpesan kepada anak-anaknya, banyak tidur dan banyak makan akan mematikan keinginan untuk melakukan ibadah kerana jasad lebih terdorong untuk berehat sepanjang masa.
7 tips untuk kuatkan daya ingatan:
-Solat 5 waktu di awal waktu dan di tambah dengan solat tahajud di tengah malam
-Sentiasa dalam keadaan suci, berwudhuk supaya syaitan menjauh
-Bertakwa kepada ALLAH swt sama ada di tempat terang atau sunyi (gelap)
-Hormat guru supaya ilmu yang diberi berkat
-Jauhi maksiat
-Berbakti kepada ibu bapa
-Banyakkan berdoa; doa senjata mukmin (surah Taha 20:114)

Untuk berjaya dalam meraih ilmu seluas lautan, ada 8 syarat yang perlu kita ikuti, insyaALLAH:
-Pembimbing yang layak, iaitu guru yang sepatutnya
-Bekal, takwa kepada ALLAH swt
-Senjata, wudhuk
-Lampu, zikrullah sentiasa
-Pendekatan, Al-Quran dan As-sunnah
-Cita-cita yang kuat membara
-Persaudaraan kerana ALLAH, tiada hasad dengki
-Jauhi perkara yang mengikut hawa nafsu semata-mata
Akhir kata, ilmu itu umpama binatang buruan, kita kena cari dan kejar sentiasa. Perkongsian bersama, peringatan buat insan yang lemah ini dan saudara-saudara yang membaca. Semoga bermanfaat.
p/s: contohilah lebah dalam melakukan sesuatu perkara..
Ringkasan dari blog seorang sahabat:
http://akuinsanlemah91.blogspot.com/2011/03/meraih-ilmu-seluas-lautan.html

No comments:
Post a Comment