Apr 7, 2011

RASA SERONOK JIKA BOLEH BERKONGSI ILMU


Terima kasih kepada rakanku yang telah bertanya.Pertanyaamu membuatkanku terfikir bagaimana hendak berkongsi dengan orang lain apa yang kurasa.


.............
.............

Jam 12.30 semua sudah pulang kecuali aku dan dua orang rakan yang lain. Sambil mengemas, seorang dari dua rakanku tiba-tiba bersuara.

“Fatimah, kenapa Fatimah boleh jadi baik sangat ye?”, aku kehairanan dengan soalan yang dikemukakan. “Baik?”,balasku kembali.

“Ye la, sanggup bagi je hasil kerja kat orang lain untuk diorang tengok macam tu je. Fatimah tak kisah ke diorang tak contribute apa-apa?”,sambungnya lagi.

“Ntah.. tak rasa pape pun. Cumanya, saya harap diorang takkan salahkan saya kalau markah dapat sikit.”, pada ketika itu hanya jawapan itu yang dapat kuluahkan.

Dalam perjalanan pulang ke bilikku, jauh di sudut hatiku..sebenarnya ada jawapan lain yang ingin aku berikan. Aku berdoa sendirian..

......
......
Ikuti kisah selengkapnya di ruangan DIARI HIKMAH PENULIS di link ini:
http://mutiaralautbiru.blogspot.com/p/kisah-benar.html

Renungkanlah kata-kata hikmah ini…

Tanda-tanda orang yang celaka:

"Sesungguhnya setiap bertambah ilmu semakin bertambah sombong dan congkaknya”
“Setiap bertambah amalnya semakin bertambah bana dan memandang rendah kepada orang lain dan semakin bertambah sangka baiknya terhadap dirinya”.
“Semakin meningkat usianya,semakin bertambah loba dan tamaknya kepada dunia”.
“semakin bertambah harta dan kekayaannya,semakin bertambah bakhil dan kikirnya”.
“semakin meningkat darjat pangkatnya semakin meningkat pula sombong dan angkuhnya”.

Kata seorang motivator;

“Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan mebantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan!” ( http://www.IrfanKhairi.com)

No comments: