Jun 21, 2008

Apabila Hilang Rasa Malu



Apabila rasa malu sudah tiada
maruah diri dan kecantikan hati
yang dahulunya suci terpelihara
kini hilang dalam sekelip mata
dicemari bebola mata
yang galak merenung
dikotori tangan-tangan
beracun dan berduri
yang enak menyentuh
tanpa rasa segan dan takut
pada PEMBERI NIKMAT pancaindera

apabila rasa malu sudah lupus
syaitan-syaitan
mula ketawa berdekah-dekah
gembira melihat kebodohan manusia
yang leka dan lalai
dalam menikmati nikmat kurniaan ILAHI
tanpa rasa syukur dan taqwa dalam jiwa

Apabila rasa malu tiada lagi
manusia mudah terjerumus
ke dalam lembah dosa
maksiat zahir dan batin
Akibatnya
dunia yang fana
telah mengundang bala
dari YANG BERKUASA
Gempa bumi di mana-mana
tsunami datang tanpa diduga
terpisahlah ibu dan anak
tangisan anak kecil
yang tidak mengenal erti dosa dan pahala
bergema di sana sini
terpaksa berhadapan dengan kehancuran dunia
akibat perlakuan manusia durjana
yang tiada rasa malu
pada YANG ESA

Duhai manusia
kawallah nafsumu
peliharalah sifat malumu
agar tidak hilang
dibawa arus kemodenan dunia
agar kukuh dan teguh
tidak mudah tunduk
pada kemahuan dan keindahan dunia
yang sementara

Semaikanlah rasa malu
pada MAHA PENCIPTA
melebihi rasa malu
pada makhlukNYA
kerana malu itu adalah
sebahagian daripada iman

1 comment:

Anonymous said...

asslm, terasa nyer ana. insaf skejap bc sajak ni. nukilan anti sendri ke??
teringat dlm diam dosa-dosa sendri. hanya Allah yg Mengetahui..
teruskan ngn nukilan. ana xreti sgt nak m'arang2 sajak ni.

tunjuk ajar gak wat ana:
fatimah adi - www.ummitariq.blogspot.com