Jun 24, 2008

Perjalanan Mencari Kebenaran





Dari rapid 231 berpindah ke LRT menuju ke KLCC melangkah ke Hotel Hilton.
Subhanallah..cantiknya. Pertama kali kaki ini menjejak Hilton. Jam 12 tengah hari menghampiri jam 1, 16 Jun 2008. Dalam kesibukan orang lain berjuang menghadapi musim exam, saya bersama tiga orang sahabat (nik rashida, muneebah, fathiyah) telah di izinkan Allah menyumbangkan sedikit tenaga bagi menjayakan program Ensiklopedia Jejak Rasul.

Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. Pernah bersabda;
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barangsiapa memudahkan urusan mukmin yang sulit, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat, barangsiapa menutup ’aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.”
[Hadith riwayat muslim]


Alhamdulillah perjalanan program kelihatan lancar. Kami ditugaskan untuk mengiringi tetamu yang tiba. Macam-macam ragam manusia yang datang. Nama program jejak rasul, tapi pada masa itu tidak semua orang mengikut jejak rasul. Karat jahiliah yang terukir, telah diindahkan oleh syaitan dan nafsu yang sukakan dunia. Astaghfirullahal ‘azim...Hanya Allah saja yang dapat menilai niat manusia.

Jam 5 petang, kami melangkah keluarga dari istana dunia itu menuju train. Berjuta manusia berbondong-bondong dengan urusan masing-masing. Mungkin semua orang baru pulang dari kerja atau mungkin kesan daripada harga minyak yang mencekik leher.

LRT memuntahkan beberapa orang dan berderu-deru orang ramai mencari mulut LRT. Kami terpaksa menunggu LRT kedua. Keadaan yang sama berlaku dan kali ini kami dapat meluluskan diri ke dalam LRT.

Kesesakan ketika dalam kenderaan itu mengingatkan saya kepada suasana di padang Mahsyar di mana semua orang ingin menuju ke destinasi abadi sama ada syurga atau neraka bertemankan amal di dunia. Kalau di dalam LRT, bermacam-macam bau yang terbebas ke udara sudah tidak menyenangkan, apatah lagi di Padang Mahsyar nanti di mana peluh manusia membanjiri sehingga paras telinga. Perjalanan itu hanya mengambil masa beberapa minit jika dibandingkan dengan kehidupan di Padang Mahsyar.

Cukupkah amalan kita di dunia ini sebagai bekalan menghadapi kehidupan abadi di sana nanti?

---Pendekkan angan-anganmu pada dunia nescaya engkau beruntung. Tanda orang yang berakal itu pendek angan-angannya---
-Sesungguhnya barangsiapa sedar bahawa dia sedang diburu oleh kematian, dan kematian itu boleh datang bola-bila masa sahaja, maka wajarlah ia mengingati mati dan bersedia untuk mati-
[40 Nasihat Imam Ibnul Wardi]

No comments: