Feb 19, 2009

MUTIARA HATI IBNU QAYYUM

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah.
Di dalm hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya dan sentiasa bersabar sehingga saat menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesenantiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.."

- Maaf kepada semua pengunjung blog yang sudi melawat blog saya kerana ketidakkonsistenan mengupdate blog. Bagi yang memahami, perkara yang perlu di selesaikan terlalu banyak dalam quadrant satu (urgent + important).-

No comments: