Aku melihat ke langit, indahnya ciptaan Allah. Terima kasih ya Allah kerana sehingga saat ini aku termasuk orang-orang yang mensyukuri nikmatMu.
Terkenang
saat aku berkenalan semula denganMu
Di sini bermulanya
Aku dapat melihat
Umat Islam dalam keperitan
Mengapa jadi begini???
Bukankah janji Allah rahmatNya buat mereka yang muslim?
Mengapa jadi begini?
Kucuba mengamati
Di sana aku melihat
Remaja bersama kenderaan rempitnya
pasangan kekasih bersama cinta haram mereka
Manusia pelbagai ragamnya
Sibuk dengan pelbagai urusan
Mengejar cita-cita yang tidak jelas misinya
Di sana aku melihat
Robot-robot yang tidak tahu tujuan mereka diciptakan
Duduk di suatu tempat
Berprogram sehingga penat
Bersedia untuk mengulangi
Hari-hari sama keesokan hari
Kadangkala cuba menghiburkan diri
Dengan pelbagai hiburan dunia
Melayan kisah-kisah cinta manuskrip manusia
Ketawa sendirian bagai manusia gila
Sehingga lalai menjalankan amanahnya
Mereka sangka mereka gembira
Berhibur dan bekerja
Melakukan sesuka hatinya
Menyangka bahawa dia telah memenuhi tujuan hidupnya
Adakah robot lupa pada Tuannya?
Sehingga saff-saff bertukar kiblatnya
Sanggup menangguh amanah terhadap Tuannya
Sehinga keperitan saudara sendiri sanggup di abaikan
Sehingga agama dihinakan
Malah membiarkan diri
Menjadi robot yang tidak berguna buat Tuannya
Suatu hari nanti
Robot pasti akan dicabut nyawa oleh Tuannya
Sedang dia meninggalkan amanahnya tidak terlaksana…
“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah peringatan!
Dan Tuhanmu, agungkanlah
Dan pakaianmu, bersihkanlah
Dan perbuatan dosa , tinggalkanlah..”(Al-Muddatsir 1-5)

No comments:
Post a Comment