Aug 30, 2009

FASA KEDUA RAMADHAN -"MAGHFIRATULLAH"




Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan radha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Sabda baginda lagi;
"Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri membalasnya."

Sabdanya lagi;
"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi 5 hal yang tidak diberikan pada umat sebelumnya;
-bau mulut orang yan berpuasa itu lebih wangi disisi Allah daripada keharuman misik, -para malaikat memoho ampun untuk mereka sampai mereka berbuka
-syaitan diikat
-setiap hari Allah menghiasi syurga dan berkata, "Hamba-hambaKu yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit." serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan."

Saudaraku yang disayangi kerana Allah. Pejam celik, pejam celik, sekarang kita sudah menghampiri fasa kedua bulan Ramadhan iaitu 'maghfiratullah'. Jadi, di kesempatan yang masih ada, selagi jasad masih bernyawa, berlumba-lumbalah melakukan kebaikan dan memohon keampunan dari Allah. Bertaubatlah dari segala dosa-dosa sama ada yang sengaja atau tidak dengan harapan semoga Allah menerima taubat kita.


Firman Allah;
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha..."
[At- Tahrim :8]

"Dia menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kejahatan-kejahatan mereka..."
[Asy-Syura : 25]

Rujukan: Penenang jiwa (penubatan dan rawatan)-terjemahan kitab Mukashafah A-Qulub (imam Al Ghazali)

No comments: