Oct 12, 2009

KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA!!!!!!!!!!



Sedar atau tidak, suasana masyarakat kita hari ini adalah ke arah persediaan menerima kedatangan Dajjal. Semua gejala buruk dan huru hara akhir zaman yang sedang berlaku adalah sebagai petanda hampirnya kemunculan Dajjal. Kerosakan-kerosakan ini akan terus bertambah sehingga apabila Dajjal muncul, orang tidak begitu asing degan kesesatan yang dibawanya, bahkan di sesetengah masyarakat kemunculan Dajjal ini adalah merupakan kehadiran seorang ‘tokoh’ yang dinanti-nantikan.

Sedihnya, masyarakat hari ini sudah banyak kehilangan nilai murni. Pelbagai perkara yang sangat penting dalam agama tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Ilmu “Fardhu ‘Ain” yang wajib dituntut oleh setiap individu tidak dipedulikan. Hakikatnya, ilmu ini tidak mendapat tempat dihati masyaakat. Sebaliknya, ilmu yang dikatakan “Fardhu Kifayah” (seperti Sains, Matematik dan lain-lain) hampir semua orang mempelajarinya. Tambahan pula dengan pandangan sinis masyarakat terhadap golongan wanita yang menutup aurat dengan sempurna tetapi mereka tidak merasa pelik melihat wanita yan mendedahkan aurat.

Terlalu banyak kewajipan yang diabaikan dan terlalu banyak maksiat yan menjadi kebiasaan. Kalau beginilah keadaan masyarakat hari ini, bagaimana pula sepuluh tahun yang akan datang? Penindasan, kezaliman, peperangan demi peperangan, gempa bumi demi gempa bumi. Semakin maju teknologi, semakin terseksa “INSAN” kerananya. Nampaknya, manusia sudah tidak sabar mananti kedatngan Dajjal yang akan menatakan halal itu haram dan haram itu halal, neraka itu syurga dan sebaliknya syurga itu neraka.

“Sesungguhnya bersama Dajjal itu ada air dan api. Maka apa yang dilihat orang api itu sebenarnya adalah air yang sejuk. Dan apa yang dilihat orang air itu sebenarnya adalah api yang membakar. Maka sesiapa di antara kamu yang berjumpa dengan keadaan itu, maka hendaklah ia melemparkan dirinya ke dalam kawasan yan dikatakannya api neraka itu kerana sebenarnya ia adalah air yang sejuk lagi sedap.” [H.R. Bukhari Muslim]

Rujukan: KIAMAT HAMPIR TIBA (Ahmad Fahmi Zamzam)

No comments: