“Ada orang nak…tapi dia yang taknak…”
“Rileks dulu, muda lagi…”
“Aku tak cantik. Orang tak pandang..”
“Siapalah aku..?”
“Dah tua ni…tapi tak ada calon lagi.macam mana ni?.”
“Awak bila lagi?”
“Dah final year, tapi takda calon lagi.risau pulak?”
Bertubi-tubi soalan dan prasangka tentang jodoh diluahkan, sehinggakan kadang-kadang terlepas perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan tanda tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah tetapkan.
“Aku pendek la..”
“Aku kurus sangat la..tinggi pilak.tak stabil la”
“Dah la gemuk..rendah pulak”
“Muka aku tembam..badan aku kurus”
“Aku gelap..tak macam dia, putih..cantik pulak tu”
Pelbagai kritikan diluahkan, tanpa sedar semua itu Allah yang ciptakan…
Cukuplah berbicara tentang fizikal diri kita, tetapi mulalah memeriksa akhlak, hati, ilmu, iman, serta amal kita. Sejauh mana perasaan syukur kita dipraktikkan dalam kehidupan seharian selain mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Sejauh mana bukti kita persembahkan pada Allah bahawa kita bersyukur dengan nikmatNya.
Adakah seperti ini tanda kita bersyukur?: Sanggup tidak tidur malam gara-gara menonton drama bersiri-siri, mengadap game berjam-jam, bergossip, mengumpat, bergelak ketawa?
Na’udzubillahi min dzalik

Bersyukurlah kerana kita memiliki sifat fizikal manusia yang sempurna. Nikmat pancaindera yang lengkap: Mata, hidung, telinga, mulut, dua tangan, dua kaki, 20 jari…~~~tak terkira nikmat yang kita pinjam.
Muhasabahlah wahai diri, didiklah hati untuk mensyukuri agar hati mengetuai segala anggota zahir dalam mempersembahkan bukti syukur pada Ilahi.
Berbalik kepada soal jodoh,
Usahlah gelisah tentang jodoh, tetapi gelisahlah tentang ke mana destinasi terakhir kita (syurga atau neraka).
Jika kita telah bertemu jodoh, rancanglah perjalanan bahtera kehidupan bersama mengikut syariat Allah. Jadikanlah perjalanan bersama sepanjang meniti arus perjuangan di persinggahan ini mendekatkan lagi diri kita pada Ilahi.

“Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenag damai, kecuali berlindung, bertemu adan berjumpa denganNYA” –Ibnu Qayyum-

3 comments:
jazakillah sahabat..entry kali ini sgt menginsafkan..dlm tdk sedar kita seakan2 melawan takdir Allah n tidak redha pdNya..astghfirullah...sama2 kt merawat hati,mg2 Allah memberikan yg terbaik d stiap lapangan hdupmu..
terima kasih wahai sahabat.. .. manusia sifatnya pelupa.. kalau terlupa.. ingatkanlah.. =)
Salam alaik.
Jodoh, it is only a matter of time.
Bila tiba saatnya pasti ia akan hadir (=
Post a Comment