Mar 30, 2011

WAHAI SUAMI WAHAI ISTERI



Kasihilah pasangan hidup anda seadanya. Hidup bersama melayari kehidupan berumahtangga memerlukan banyak penyesuaian yang harus di hadapi dengan bekalan ilmu dan iman. Sedarilah bahawa perkongsian kehidupan ini perlu dilalui seperti satu alam pembelajaran.


belajarlah mengasihi walau kadang disakiti,

belajar taat... meskipun payah,

belajar sabar walau rasa dibebani,

belajar setia meskipun tergoda,

belajar memahami meskipun tidak sejiwa,

belajar memaafkan walau dikecewakan,

belajar memberi meskipun berasa tidak kerap menerima,

belajar ikhlas walaupun berat untuk rela dan kerap memaafkan meskipun tetap dikecewakan.

Insyaallah sebetulnya, beralah bukan bererti kalah kerana AllahSWT tetap bersama mereka yang mencari redhaNya. Yakinlah bahawa tindakan sebegini akan meneguhkan jiwa dan pendirian serta membuahkan peribadi yang berakhlak suci.

link: http://www.facebook.com/notes/fauzan-mohamed/wahai-suami-wahai-isteri/214392108574895?ref=nf

No comments: