May 9, 2011

Kasih Bonda Tiada Syarat




Bonda yang kucinta keranaNYA
andai hatimu sering terluka
andai jiwamu rasa terseksa
disebabkan perbuatanku serta perkataanku
aku mohon secebis kasihmu
agar diampunkan dosaku
kerana kutahu tiada redha dariNYA
jika bonda tidak meredhai diriku


“Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.” (Surah al-Lukman ayat 14).

Kasih Ibu Tidak Mengharapkan Balasan...
Kasih Ibu juga Tidak Mengharapkan Syarat...
Tapi
Kenapa Masih Wujud 'Si Tanggang Moden?'

Selami Kupasan Kisah Si Tanggang di blog alternatif MutiaraLautBiru:
Setiap Bait Kata Seorang Ibu Adalah Doa

1 comment: