
Diam dalam sedar
Hari demi hari berlalu sepi
Fasa-fasa metodologi terus diredahi
Projek tahun akhir direnung kembali
Mencari hikmah mentarbiyah diri
Bagaimana fasa-fasa ini mengajar diri?
Akal terus berfikir
Hati turut memujuk diri
Pasti garis-garis hikmah terukir
dalam usaha melengkapi fasa-fasa ini
Apa yang dipelajari dari pengalaman ini?
Hati berbisik sepi menyoal dalam sunyi
Akal berfikir lagi mencari hikmah buat diri
Projek Tahun Akhir terus diamati kembali
Sungguh, Allah sentiasa berbicara dengan hambaNYA
Dalam mengharungi dunia undergraduasi
Dia mengajarku untuk terus berusaha
Dia mengajarku bertawakkal padaNYA
Dia juga mendidik diri untuk bersabar bila diuji
Bersyukur bila diberi kemudahan mengkaji
Akal berfikir lagi menyoal hati
Bersabar kerana apa?
Hati memujuk diri
Sabar dengan karenah teman sekeliling
Sabar dalam memenuhi kehendak penasihat projek ini
Juga sabar dengan kesusahan yang diuji
Mungkin ini tarbiyah buat diri
Tarbiyah yang mengajar erti sebuah ukhuwwah
Tarbiyah supaya diri ingat pada Allah
Tarbiyah diri agar ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan
Hati memujuk lagi
Kesan Projek Tahun Akhir mendidik diri
Tidak sombong dan bongkak
Dikala diri tidak mampu mencari jawapan
Tidak egois dalam merungkai persoalan
Itulah tarbiyah Projek Tahun Akhir
Ingatlah Wahai Diri
Sentiasa hisab diri kembali
Adakah sepanjang melengkapi fasa-fasa projek ini
Engkau ingat atau lupa pada ILahi?
Adakah diri semakin jauh atau dekat pada Yang Maha Pemberi?

Nukilan istimewa buat teman seperjuangan
Undergraduasi (Tahun Empat 2010/2011)
Kuliyyah Kejuruteraan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

1 comment:
sebuah tamrin utk tarbiyyah hidup..
Post a Comment