Dec 6, 2011

Puisi Buat Suami


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kutitip sebuah puisi, khas buatmu wahai kekasihku...
Selamilah bisikan hati kecilku ini...
Kekasihku...
Ketahuilah bahawa agama dan akhlakmu telah mencuit hati kecilku,
Saat itu dirimu telah berjaya memenuhi impianku,
Menjaga batas pergaulan kita,
Sebelum tibanya hari bahagia,
Agar perjanjian kukuh yang terbina diberkati Allah.

Ketahuilah kekasihku...
Kuharap dirimu tidak menerimaku kerana kecantikanku,
Bukan juga kerana kelebihanku,
Kerana dirimu pasti jemu apabila ia pudar,
Dirimu akan kecewa jika terlihat kekurangan yang ada padaku.

Suamiku...
Terimalah aku kerana agama yang ada padaku,
Akan kutingkatkan usaha memperbaiki agama dan akhlakku,
Demi meraih redhomu,
Kerana kuingin menjadi ketua bidadarimu di syurga indah yang abadi.

Suamiku yang kucintai kerana Allah...
Didiklah aku menjadi seperti Sayyidatina Fatimah AzZahra’,
Puteri Rasulullah, juga isteri solehah buat Sayyidina ‘Ali,
Yang sentiasa zuhud hidupnya bersama suami,
Sentiasa sabar dan syukur dengan ketentuan Ilahi.

Suamiku...
Benarkan aku menemanimu mengharungi suka duka hidup ini,
Demi menuju redho Ilahi.
Engkaulah penemanku di jalan dakwah ini,
Didiklah aku dan generasiku,
Mengenali dan mencintai Pencipta insan sebaikmu.

Terima kasih...suamiku...

-Nukilan khas Fatimah Safiah Zakaria untuk suami tercinta, Ustaz Anas bin Alias pada 26 Nov 2011-

2 comments:

Ojah said...

My dear fren Fatimah!!
Barakallah! May this marriage always bless by Him. and may Allah ease everything for you.

Sorry x dpt datang walimah awak! take care. bile entah boleh jumpe lagi

wani said...

Puisi yang indah..

:) Semoga bahagia hingga ke syurga sahabatku..

Doakan wani cepat dapat jodoh yang baik..