Sebuah tangisan menggugurkan titisan air mata...
Ada kalanya penyubur hati
Ada kalanya penawar luka
Ada kalanya buih kekecewaan
yang menyempit perasaan
yang menyesak kehidupan
Air mata putus asa kerana cintakan dunia
Harganya persis setitis air kotor
Namun
Setitis air mata kerana takutkan Allah
Umpama permata yang indah gemerlapan
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang
Dari mata yang mengintai kemewahan penuh rakus
Mengalirlah air mata kecewa kegagalan
Tetapi
Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat
Mengalirlah air mata insaf mengharap keampunan
Tangis itu adalah basahan hidup
Ketahuilah
Hanya dua titisan dicintai Allah
Itulah titisan darah para shuhada
Dan titisan air mata kerana takutkan Allah
Biarlah kejahatan yang telah terlanjur diiringi kesedihan
Daripada kebaikan yang menimbulkan takbur tak berkesudahan
Kerana
Kejahatan mungkin diampuni dengan taubat yang merendah diri
Sedang kebaikan mungkin tertolak bila rasa takbur menguasai hati
Wahai insan...
Berhati-hatilah dalam tangisan
Ada tangisan menyebabkan kita menangis tanpa henti
Ada tangisan yang membawa kita bahagia selama-lamamya
Ketahuilah olehmu
Ketawa berlebihan tanda kelalaian dan kejahilan
Meluntur kewibawaan seorang yang beilmu
Menambah kekerasan hati dan perasaan seorang yang jahil
Ibnu Mas’ud r.a. berkata:
“ Seorang yang mengerti Al-Quran dikenali
waktu malamnya ketika orang lain tidur
Dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa
Sedihnya ketika orang lain sedang gembira
Dan tangisnya di waktu orang lain tertawa
Diamnya di waktu orang lain bicara
Khusyuk di waktu orang lain berbangga.
Seharusnya
orang yang mengerti Al-Quran itu tenang dan lunak
Tidak keras, tidak kejam, tidak lalai,
Juga tidak bersuara keras dan marah.”

1 comment:
Kunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D
Post a Comment